Free Legal Advice

Thursday, September 21, 2006

Prosidur Pembelian & Penjualan Hartanah

Saya mendapat banyak email dan private mesej (dalam forum) yang bertanyakan kepada saya bagaimana nak jual rumah, prosidur pembelian hartanah dan lain-lain berkenaan dengan hartanah. Memandangkan banyak soalan yang ditanya itu lebih kurang sama sahaja, maka saya membuat keputusan untuk mewujudkan tajuk khas bagi membincangkan tajuk ini. Semoga dengan penjelasan ringkas ini, akan memberi sedikit gambaran kepada sesiapa yang ingin menjual atau membeli hartanah khas di Malaysia.

Prosidur Pembelian & Penjualan Hartanah.

Memandangkan masa cukup terbatas untuk saya menulis di sini, maka saya senaraikan perkara asas bagi pembelian dan penjualan hartanah. Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut, sila nyatakan soalan atau kemuskilan anda di ruangan komen, dan saya akan cuba menjawabnya berasaskan pengalaman, pengetahuan dan Undang-undang Malaysia.

Pra-Pembelian

- sebelum membeli rumah atau tanah, anda dinasihatkan melihat sendiri fizikal rumah atau tanah tersebut.

- anda juga dinasihatkan mendapat salinan geran daripada penjual, semak maklumat di dalam geran / Suratan Hakmilik seperti status tanah (i.e bangunan, pertanian), tempoh pemilikan (i.e leasehold / freehold), pemilik , sekatan dan sebagainya.

- buat carian hartanah di pejabat tanah yang berkenaan, ini adalah penting untuk memastikan tiada sekatan ke atas hartanah tersebut.

- semak nilai pasaran semasa, ianya penting agar anda tidak membeli hartanah dengan harga yang lebih tinggi dari nilai pasaran semasa / current market value.

- sekiranya tujuan pembelian hartanah tersebut untuk investment, maka pastikan anda membeli hartanah di lokasi yang mempunyai permintaan tinggi.

................... akan disambung lagi. (anda boleh mengemukakan soalan sekiranya ada)

6 Comments:

  • At October 07, 2006 3:17 PM, Blogger Umi Afiat said…

    sekiranya ada persoalan dan pengalaman berkenaan dengan tajuk ini, anda boleh nyatakan soalan atau pengalaman anda di ruangan comment ini, penulis akan cuba menjawab soalan anda dan kita akan berkongsi pengalaman bersama-sama.

     
  • At November 01, 2006 3:46 PM, Anonymous Anonymous said…

    hai..
    saya Bid..
    saya amat memerlukan maklumat berkenaan prosedur utk membeli tanah kosong.
    saya dah tengok tanah tu.
    dan dah tahu harga pasaran.

    saya ingin tahu prosedur jual beli tanah secara tunai.
    contoh: siapa yang akan bayar duit lawyer, berapa peratus kena bayar dulu?dan semua yang berkaitan.

    saya amat-amat mengharapkan jawapan daripada penulis..

    terima kasih.
    bidadari_sayang@yahoo.com

     
  • At May 28, 2007 7:57 AM, Anonymous Azahari said…

    Saya nak tahu macam mana kita nak semak harga nilai pasaran semasa?contohnya saya beli rumah di Rawang, rumah pun masih tak siap lagi.Macam mana saya nak tahu harga rumah tersebut dan harga rumah tersebut setelah siap?Macam mana nak tahu rumah tersebut berbaloi atau tidak kita beli?

     
  • At January 18, 2010 3:03 PM, Anonymous Anonymous said…

    Saya ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk menambah penama dalam aset (rumah) yang telah dibeli. Tahun lepas saya dan suami ada membeli sebuah rumah kediaman.Malangnya, dalam S&P, hanya nama suami seorang sahaja yang tercatat. Sedangkan saya turut menyumbang dari segi pembayaran bulanan rumah tersebut.

    Harap bantu saya. Terima kasih.

     
  • At April 15, 2011 11:46 AM, Anonymous Anonymous said…

    hai..
    saya ingin tahu maklumat terperinci mengenai "private caveat".
    jika sekiranya saya ingin membeli rumah lelong & mendapati rumah tersebut mempunyai private caveat, adakah saya boleh meneruskan pembelian tersebut?
    apakah risiko membeli rumah yang mempunyai 'private caveat'?
    sekian, terima kasih

     
  • At May 30, 2011 3:26 PM, Anonymous Anonymous said…

    Hi, saya ingin bertanya kenapa process pembeliam rumah terlalu lama? Berapa lamakah jangka masa yang sebenarnya?
    Terima kasih kerana membantu saya yang keliru.

     

Post a Comment

<< Home